Penduduk kawasan PKPD boleh keluar untuk terima vaksin

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

KERAJAAN membenarkan semua penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk keluar mendapatkan suntikan vaksin, kata Menteri Kanan (Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata begitu juga mereka yang ingin pulang ke kampung untuk membawa ahli keluarga mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri.

“Mereka hanya perlu menunjukkan temujanji MySejahtera dan mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

“Bagi tujuan pergerakan mendapatkan vaksin, maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan turut membenarkan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kawasan yang dilaksanakan PKPD untuk beroperasi bermula 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

Katanya, ia dibenarkan dengan kapasiti 60% kehadiran pekerja bagi menguruskan penyaluran skim-skim bantuan kerajaan.

“Bagaimanapun, bagi pejabat KWSP yang kecil seperti di kawasan luar bandar, jumlah pekerja dibenarkan dengan kapasiti maksimum,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here