
MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) bersetuju Pulau Pinang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa 7Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia dipersetujui sidang khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini setelah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah PPN.
Katanya, setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri, MKN bersetuju peralihan Pulau Pinang ke fasa seterusnya berikutan pencapaian tiga nilai ambang utama.
“Purata kes jangkitan harian selama tujuh hari di bawah nilai ambang 12.2 kes per 100,000 iaitu 9.5 kes per 100,000.
“Kadar penggunaan katil wad ICU mencapai tahap sederhana (moderate) dan penilaian Capacity to Respond berada pada tahap adequate.
“Kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa melebihi 10% iaitu pada kadar 10.1%,” katanya. – Malaysiapost
