Mastura minta maaf isu bantuan kepada rakyat

0
2

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu bantuan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tidak selesa dengan penularan video temubual sebuah stesen radio, baru-baru ini berhubung terdapat keluarga di kawasan Parlimennya yang memerlukan bantuan.

“Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua. Saya mengambil maklum keprihatinan semua pihak berkenaan posting di akaun media sosial saya baru-baru ini dan video penjelasan oleh beberapa pihak berkaitan tularnya video temuramah oleh Suria FM beberapa hari lalu.

“Dengan ini saya memohon maaf atas ketidakselesaan berbagai pihak daripadanya,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Pejabat Parlimen Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus membela nasib masyarakat Kuala Kangsar dan mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan kepada cabaran pandemik Covid-19.

Sebelum ini tular video mendakwa bantuan tidak sampai kepada beberapa keluarga memerlukan dan terkesan akibat Covid-19 di Kuala Kangsar.

Susulan itu, Mastura dikritik selepas menyiarkan video wawancara dengan seorang penduduk bagi menjelaskan berhubung isu dakwaan terdapat rakyat kawasannya kelaparan selama dua hari.

Ramai netizen mengecam Mastura kerana mendedahkan identiti keluarga berkenaan dan bukannya menyalurkan bantuan yang diperlukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here