Rumah tangga Syuk Sahar kembali bergolak, netizen akui muak

0
2

BELUM lagi reda, kini kisah rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali hangat selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah mendedahkan menerima ugutan dari wanita sama yang menggangu rumah tangga mereka sebelum ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagramnya, Rossalennah atau dikenali sebagai Rossa turut memuat naik tangkap layar mesej wanita bernama Farah Saleh menghantar gambar sebilah pisau seperti mengugut mahu membunuh diri.

Sementara dalam entri berlainan, turut memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk bermadu dan meminta wanita itu supaya menerima keluarganya jika mahu berkahwin dengan suaminya.

Rossa turut memuat naik hantaran mengenai persoalan mengapa suaminya tidak meninggalkan wanita tersebut. Katanya perkara itu akan dijawab tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menerusi satu video dimuat naik di Insta Story, Rossa turut mendakwa ada pihak cuba menghantar benda syirik kepadanya apabila empat bungkusan yang diikat dengan tali barwarna hijau kelihatan di kawasan rumahnya.

“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat taubat dan jangan buat perkara syirik nak hantar santau di rumah orang,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, sejurus isu rumahtangga mereka tular, kebanyakan netizen menyuarakan pendapat tidak lagi berminat untuk mengetahui hal rumahtangga mereka lagi.

Bagi mereka, banyak isu lain yang lebih penting termasuk situasi pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan selain ada juga menyatakan ‘muak’ untuk menyaksikan drama yang berulang-ulang.

“Settle sendiri laa makcik.. Dah basi laa citer ni ulang2, dah laa dengan org yang itu jugak.. Sungguh takd ak saingan laa, bergomol laa korang bertiga.. Netizen dah cuci tgn kes kau,” tulis seorang pemilik akaun Facebook.

Sementara, Nurfadilah Dila berkata, netizen tidak mahu lagi menyibuk urusan rumah tangga pasangan itu kerana banyak lagi isu dunia yang lebih penting.

“Bergolak ke tergolek ke menggelupur ke ko pi share kat group wasap che non je ek…kan dia kakak syuk. Netizen tak kuasa nak nyibuk hal ko. Diorang banyak menda lain nak mikir,” katanya.

Ilbaida Ali pula berkata, netizen sudah serik untuk menyebelahi Rosa kerana akhirnya mereka yang dituduh menjaga ‘tepi kain orang’.

“Maaf. Netizen dah blacklist berita bini Syuk ni. Hari tu orang dah back up kaw kaw tapi kena tuduh jaga tepi kain orang. Dah dah next next,” katanya.

Februari lalu, media melaporkan, Shuk berjaya memujuk dan berbaik semula dengan Rossa apabila membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, muncul mengenakan baju pengantin berwarna biru, memohon maaf secara terbuka kepada isterinya yang ketika itu membuat siaran langsung pelancaran produk kecantikan wajah.

Shuk berkata, dia memohon maaf dan mengakui segala kesilapan yang dilakukannya dan dia sangat menyayangi keluarganya itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here