Bengkel motosikal tutup, PENGHANTAR luah kesukaran rider kepada MKN

0
2
Pekerja-pekerja Grabfood dan Foodpanda sedang bekerja dan berehat di hadapan sebuah kompleks membeli belah Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost semalam.

PERSATUAN Penghantar P- Hailing Malaysia (PENGHANTAR) telah berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung isu bengkel motosikal tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

PENGHANTAR menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan ia berikutan kesukaran diluahkan ahlinya dalam kalangan penghantar bermotosikal sekiranya berlaku kerosakan sepanjang tempoh PKPD.

Ketika ini, selain lokaliti tertentu di seluruh negara, turut dikenakan PKPD bersasar ialah mukim-mukim di Selangor serta beberapa lokaliti di Kuala Lumpur yang bermula 3 hingga 16 Julai ini.

Susulan itu menurut PENGHANTAR, antara maklumat yang diperoleh daripada MKN adalah seperti berikut:

  1. Pemilik bengkel motosikal dibenarkan beroperasi dengan kaedah temujanji. Pihak bengkel boleh meletakkan nombor telefon di pintu kedai.
  2. Pihak kami memohon agar MKN mengeluarkan kenyataan media bagi perkara ini untuk mengelakkan salah faham antara pemilik bengkel dan pihak berkuasa.
  3. Pihak MKN akan mengeluarkan kenyataan bagi perkara ini.

“Sebarang maklumat lanjut, rakan-rakan Penghantar P-Hailing dan pemilik bengkel motosikal boleh berhubung dengan MKN di talian 0388882010,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here