PH desak agar Johor segara masuki Fasa 2 PPN

0
1
polis_pkp_kota_setar

PAKATAN Harapan (PH) Johor mendesak Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya Johor diberi kelonggaran memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam kenyataan bersama Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad; Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse; dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, menggesa kelonggaran diberi agar lebih banyak sektor ekonomi boleh dibuka untuk beroperasi.

Menurut mereka, berdasarkan laporan sehingga 3 Julai lalu, Johor mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada kadar 0.92 iaitu negeri keempat paling rendah.

Mereka turut memberi beberapa cadangan agar langkah itu boleh dilaksanakan termasuk penggunaan ‘Rapid Antigen Test’ perlu dilipat gandakan kerana ia membantu untuk menangani penularan Covid-19 secara bersasar dan lebih berkesan.

“Selain itu, penggunaan ‘Self Test Kit’ boleh segera diperkenalkan. Di United Kingdom misalnya, ia sudah digunakan secara meluas di mana rakyat mereka dibekalkan secara percuma dan boleh menjalankan ujian persendirian di rumah.

“PH Johor turut menggesa kerajaan negeri Johor segera melaksanakan inisiatif tambahan sepertimana diumumkan Menteri Besar menerusi PRE Ihsan Johor 3.0 di mana sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi tujuan pembelian vaksin,” menurut kenyataan itu.

PH Johor berpendapat kesemua cadangan itu amat penting untuk keselamatan rakyat dan Johor mengharapkan tindakan segera dalam sebarang bentuk usaha melawan Covid-19 di negeri berkenaan yang merupakan ‘negeri barisan hadapan’ yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam dilaporkan bertitah mahu kaedah digunakan kerajaan dalam melawan Covid-19 ketika ini dikaji semula.

TMJ berkata demikian kerana menyifatkan tindakan ‘mengurung’ rakyat seperti dilaksanakan ketika ini tidak relevan lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here