Nurul Huda Abhar
PEMBERIAN vaksin kepada penghuni Mentari Court di Sungai Way, Petaling Jaya terpaksa ditangguhkan sehingga ujian saringan swab selesai sepenuhnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, ujian saringan tersebut melibatkan kira-kira 17,000 penduduk yang menghuni 3,469 unit pangsapuri di kawasan berkenaan.
Petugas KKM melawat dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penghuni menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan di kawasan perumahan itu.
“Mentari Court antara lokaliti di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.
“Bekalan barang keperluan harian turut diagihkan kepada setiap rumah yang disumbangkan pelbagai pihak,” kata KKM dalam hantaran Facebook hari ini.
Menurut KKM, ujian saringan yang dijalankan mendapat kerjasama termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
Selain Mentari Court, dua lagi lokaliti di Petaling Jaya yang dikenakan PKPD selama dua minggu bermula 1 Julai hingga 14 Julai ialah Pangsapuri Westlite dan Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/07/01/penduduk-pkpd-mentari-court-akan-terima-vaksin/

