Malaysia terima satu juta dos vaksin Pfizer sumbangan AS

0
1

Nurul Huda Abhar

MALAYSIA menerima satu juta dos vaksin jenis Pfizer disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS), yang selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pagi tadi.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia sangat menghargai sumbangan tersebut dan berharap kerjasama dengan AS akan dipertingkatkan.

Turut bersama menyambut ketibaan vaksin berkenaan ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin

“Bersama Menteri Penyelaras #NCIP @@Khairykj dan Duta Besar AS Brian McFeeters menerima vaksin 1M #Pfizer yang disumbangkan oleh 🇺🇸 Amerika Syarikat.

“Kami sangat menghargai sokongan yang tidak ternilai yang telah diberikan oleh AS setakat ini, dan berharap hubungan akan diperkukuhkan lagi!,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Terdahulu, media melaporkan satu juta dos vaksin jenis Pfizer sumbangan AS tiba di LTSAAS dengan menaiki pesawat Raya Airways TH 384. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/07/03/lebih-500000-dos-vaksin-astrazeneca-tiba-di-pharmaniaga/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here