
KEMATIAN di luar hospital (brought-in-dead) (BID) akibat Covid-19 merekodkan tujuh kes kematian pada hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini mengumumkan terdapat sebanyak 63 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.
Selangor merekodkan kes kematian paling tinggi iaitu 25 kes, diikuti Negeri Sembilan (15), Kuala Lumpur (10), Kedah (3), Johor (3), Pulau Pinang (2), Pahang (2), dan satu kes di Melaka, Terengganu dan Sarawak.
Berdasarkan pecahan umur, 33 kes kematian direkodkan membabitkan golongan berusia 60 tahun ke atas dan 29 kes kematian direkodkan golongan berumur antara 30 tahun hingga 59 tahun.
Hari ini juga merekodkan kes kematian paling muda iaitu berusia 13 tahun. – Malaysiapost
