Tindakan ‘mengurung’ rakyat sudah tidak relevan – TMJ

0
2
JOHOR BAHRU, 11 Okt -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika sesi dialog bersama penyokong JDT di JDT Cafe di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kaedah yang digunakan kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini dikaji semula.

TMJ berkata demikian kerana menyifatkan tindakan ‘mengurung’ rakyat seperti yang dilaksanakan ketika ini sudah tidak relevan lagi.

“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ini seluruh negara kecuali Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis sedang menjalani fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), manakala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan sejak 12 Mei lalu.

Sementara itu, TMJ turut menggesa kerajaan Johor mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dilihat dalam keadaan kritikal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here