Annuar arah buka kawat duri di PPR Kampung Baru Air Panas

0
2

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengarahkan kawat duri dipasang di tangga Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di Kuala Lumpur dibuka serta merta.

Menurutnya, pemasangan kawat duri di laluan tangga PPR dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.

“Tidak di benarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD. Arahan buka serta merta telah di keluarkan..harap maklum,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan bahawa pemasangan kawat berduri di laluan tangga Blok C PPR Kampung Baru Air Panas telah dipersetujui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang diadakan sebelum ini.

Beliau berkata, terdapat laluan lain boleh digunakan penduduk sekiranya berlaku kecemasan malah pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar di laman media sosial memaparkan beberapa anggota ATM memasang kawat berduri di laluan tangga Blok C bangunan berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna sosial media. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here