Covid-19: Kes maut kembali tiga angka, 107 kematian hari ini

0
2
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.

ANGKA kematian akibat Covid-19 kembali melonjak naik melebihi angka 100, dengan 107 kematian baharu direkodkan hari ini.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah terkini kematian Covid-19 adalah 5,434 semenjak virus tersebut melanda negara awal tahun lalu.

Sementara itu, sebanyak 5,677 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 700,215.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 6,658 yang membabitkan 6,647 jangkitan tempatan dan 11 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 66,958 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 772,607 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Seramai 892 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 892 kes dengan 443 memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here