PAS Perak nafi pejabat diconteng

0
2

PAS Perak menafikan dakwaan Pejabat Perhubungan PAS negeri itu diconteng seperti tular di Twitter hari ini.

Ketua Penerangannya, Hafez Sabri berkata gambar dimuat naik akaun Twitter @gengkotak itu adalah cubaan provokasi murahan dan fitnah jahat.

“Berdasarkan gambar terkini pada 3 Julai (hari ini) keadaan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak masih dalam keadaan baik dan aman.

“PAS Perak melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

“PAS Perak berharap masyarakat dapat bertenang selepas mendapat penjelasan ini dan bersama kita menolak perbuatan fitnah dan tidak bermoral ini. PAS Perak menyeru agar kita semua dapat berpolitik secara matang dan sejahtera,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, tular di laman Twitter gambar papan tanda Pejabat Perhubungan PAS Perak diconteng dengan perkataan tidak sepatutnya dan dimuat naik oleh akaun @gengkotak.

Akaun tersebut juga mempersoalkan sama ada perbuatan itu tanda kemarahan rakyat terhadap PAS susulan ada segelintir pemimpinnya dilihat memusuhi gerakan rakyat mengibarkan benda putih.

Semakan terkini Malaysiapost mendapati ciapan tersebut sudah diulang ciap sebanyak 2,620 dan menerima 105 komen daripada pengguna Twitter. – Malaysiapost

Sumber foto: FB/Pas Perak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here