Kerajaan wajar pertimbang moratorium LPPSA

0
2

PEMUDA Umno menerima banyak rintihan dan keresahan penjawat awam, kebanyakannya kumpulan sokongan yang berharap moratarium bayaran balik pinjaman dapat dipanjangkan pelaksanaannya untuk pinjaman perumahan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata rata-rata mengeluh walaupun mengakui gaji dan emolumen mereka tidak terjejas, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ‘lockdown’ berpanjangan sangat memberi kesan pada pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah.

Lebih-lebih lagi katanya, bagi mereka yang mempunyai pasangan bekerja di sektor swasta dan telah putus mata pencarian.

“Malahan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) oleh kerajaan telah meningkatkan perbelanjaan kehidupan harian yang lain seperti bil utiliti elektrik, air, internet dan makanan.

“Melalui pemanjangan moratarium LPPSA, penjawat awam diharap dapat menyusun semula kewangan keluarga dan merancang perbelanjaan untuk memastikan kesejahteraan ahli keluarga terjaga,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi Pemuda Umno, dasar kerajaan mengenai moratorium tidak hanya perlu difokuskan kepada institusi perbankan semata-mata.

Sebaliknya, katanya, moratarium pinjaman-pinjaman lain yang ditawarkan kerajaan sendiri seperti LPPSA ini dan agensi-agensi seperti MARA, PTPTN dan PTPK seharusnya lebih diutamakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here