Op Patuh: 9 individu, 2 kilang dikompaun di Bentong

0
3

SEBANYAK 11 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa ke dua kilang dan sembilan individu menerusi Op Patuh yang dilaksanakan di sekitar Bentong, Pahang semalam.

Pemeriksaan mengejut itu dilakukan pada jam 11 pagi ke atas tiga kilang di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata sembilan individu warga tempatan dikompaun kerana tidak mengimbas aplikasi MySejahtera.

“Kesemua mereka dikompaun dibawah peraturan 18(1) peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (PPPOPPB) (No.4) 2021 di mana boleh dikenakan kompaun RM1,500 seorang.

“Pemeriksaan ke atas tiga kilang pula didapati dua daripadanya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu pekerja yang berkerja melebihi 80 peratus.

“Kedua-dua syarikat dikompaun di bawah peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPOPPB) (No.4) 2021 di mana boleh dikenakan kompaun RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan seramai 10 orang warga asing berusia 20 hingga 40 tahun ditangkap kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Selain polis, pasukan Sahabat Angkatan Tentera Malaysia, penguatkuasa Majlis Perbandaran Bentong dan penguatkuasa Pejabat Kesihatan turut bersama melaksanakan operasi itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here