73 lagi kes kematian Covid-19 dicatatkan hari ini

0
2

Nilam Oshman

SEBANYAK 73 lagi kes kematian hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 5,327 kes.

Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 6,278 kes sembuh direkodkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 694,538.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu 6,982 dengan 6,979 daripadanya kes tempatan dan tiga kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 66,084 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 765,949 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 905 kes dengan 443 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here