PKPD: 3 individu satu kenderaan dibenar untuk urusan perubatan, vaksinasi

0
1
jalan raya sjr sekatan

POLIS membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu kepada pihak yang mempunyai urusan perubatan atau vaksinasi di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penduduk di lokaliti PKPD hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau mesej pesanan ringkas (SMS) kepada petugas di lapangan.

“Bagi kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara ‘case to case basis’.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kerajaan bersetuju melaksanakan melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula esok sehingga 16 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu berdasarkan situasi Covid-19 kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Beliau berkata, jawatankuasa penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang dilaksanakan PKPD. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here