Kempen bendera putih wajar disokong – Ahmad Maslan

0
2

INISIATIF yang dilakukan rakyat bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti kempen bendera putih wajar disokong.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berpendapat inisiatif itu membolehkan masyarakat bersama membantu golongan yang terkesan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapi rakyat ketika ini kebanyakannya adalah berkait dengan PKP, prosedur operasi standard (SOP) akibat Covid-19.

“Murung dan kecewa..Sakit jiwa dan tekanan mental..Bunuh diri.

“Isu rumah tangga..Dadah dan alkohol. Semua ini berkait juga dengan PKP, SOP, Covid-19 yg mesti ditangani segera oleh semua pihak,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Menurutnya, inisiatif rakyat seperti #BenderaPutih untuk masyarakat sama membantu adalah wajar disokong untuk mengurangkan beban ditanggung rakyat.

Isnin lalu, kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih mula tular melalui pelbagai platform media sosial.

Saranan mengibarkan bendera putih itu disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here