Messi setuju tawaran perpindahan tertinggi dalam sejarah

0
4

LIONEL Messi bersetuju dengan tawaran bernilai 623 juta pound (RM3.46 bilion) iaitu paling besar dalam sejarah sukan mahu pun bola sepak, untuk menyertai Manchester City.

Memetik laporan Agensi, pemain berusia 33 tahun itu dalam usaha untuk keluar dari Barcelona selepas dia menyerahkan permohonan perpindahannya.

Menurut laporan media Inggeris, Messi mempersetujui terma-terma kewangan kontrak lima tahun yang mencecah nilai berkenaan.

Jika perjanjian itu termeterai, bintang kelahiran Argentina itu akan menjadi individu dengan bayaran paling tinggi dalam sejarah sukan.

Ia bersamaan RM78,776 sejam, RM1.89 juta sehari dan RM56.72 juta sebulan.

Messi dilaporkan akan menghabiskan tiga musim di Etihad sebelum menyertai kelab Major League Soccer New York City FC yang turut dimiliki City Football Group (CFG) untuk baki dua tahun kontraknya.

Malah Messi ditawarkan pegangan saham dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej perpindahan itu.