Zamsaham akui dapat restu ibu beli TRW

0
2

HASRAT Zamsaham untuk memiliki pasukan bola sepak Kelantan kini hanya selangkah menjadi nyata apabila sudah mendapat restu ibunya untuk membeli pasukan berkenaan.

Zamsaham atau nama sebenarnya Norizam Tukiman menerusi kemaskini di Facebook semalam, mengakui ibunya kurang bersetuju dengan hasratnya untuk mengambil alih skuad berkenaan.

Bagaimanapun, Usahawan dan pakar pelaburan itu berkata selepas menjelaskan misi dan visi untuk skuad The Red Worriors (TRW) itu barulah ibunya memberi kebenaran.

“Aku sudah minta restu doa mak aku, asalnya dia tak mahu aku pening-pening pasal TRW. Tapi aku sudah jelaskan misi (dan) visi perubahan.

“Alhamdulillah dia restu juga. Minta dia doakan takdir yang baik untuk aku dan TRW,” katanya.

Norizam Tukiman

Sebelum ini, Norizam tampil menjadi antara beberapa individu yang sangat serius mahu mengambil alih TRW dengan menjalankan beberapa siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Keputusan sama ada usahawan itu akan menjadi pemilik TRW dijangka diumumkan KAFA dalam masa terdekat.

Menerusi kemaskini sama, Norizam memberitahu  dia berada di negeri Pantai Timur itu untuk mengadakan perbincangan mengenai bola sepak.

“Hari ini (semalam) aku nak ke Kelantan, ada meeting (mesyuarat) bola. Jangan tanya jadi ke tak, macam biasa aku akan usahakan yang terbaik demi perubahan bola sepak Kelantan,” katanya. – Malaysiapost