Op Patuh bermula, kilang pelupusan besi diserbu

0
2

SERAMAI 229 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam serbuan Op Patuh di sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Op Patuh bersepadu itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Menurutnya, serbuan membabitkan sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang dan memeriksa semua 229 pekerja asing yang dipercayai bekerja di kilang tersebut.

“Hasil siasatan mendapati semua pekerja asing tersebut adalah PATI yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Semua PATI tersebut ditahan dan akan disaring sebelum ditempatkan di Depot Imigresen bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Beliau berkata, kilang tersebut juga telah dikompaun dan diarah tutup atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kompaun tambahan juga dikeluarkan oleh JTK kepada majikan atas kegagalan majikan mematuhi SOP PKP bagi pengurusan tempat kerja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here