Peranti pintar pantau pergerakan pesakit Covid-19

0
2
covid pkp

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan peranti pintar dan alat “Pulse Oxymeter” sebagai satu langkah pengurusan pandemik Covid-19 bagi memerhati dan memantau pergerakan pesakit Covid-19 khususnya di rumah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata langkah berkenaan adalah usaha kementerian memperkukuhkan proses pendigitalan dalam proses pengurusan krisis pandemik berkenaan.

Katanya, ia selaras dengan program Transformasi Digital sektor awam di bawah MyDigital yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal tahun ini untuk memperbaiki kecekapan perkhidmatan untuk menambahbaik kehidupan rakyat.

“Untuk itu, KKM akan menggunakan peranti pintar dan “pulse oxymeter” di semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sebagai mempertingkatkan kecekapan dalam pemantauan pesakit Covid-19 yang menjalani Pemerhatian dan Pemantauan Di Rumah (HSO).

“Peranti pintar adalah alat untuk memantau pesakit supaya tidak keluar dari rumah atau tempat pengasingan manakala “pulse oximeter” (dikenali di pasaran sebagai oximeter) pula untuk mengukur kadar oksigen seseorang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here