Covid-19: Trend jangkitan kembali meningkat

0
3
grafik

JANGKITAN harian Covid-19 dalam negara kembali menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan lebih 6,000 kes dua hari berturut-turut dengan 6,276 kes baharu dilaporkan hari ini.

Semalam 6,437 kes dilaporkan setelah enam hari berturut-turut jangkitan harian berlegar sekitar 5,000.

Menurut data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini ialah 751,979.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,836 diikuti Negeri Sembilan (644), Kuala Lumpur (625), Sarawak (376), Johor (299), Sabah (242), Kedah (226) Melaka (223) dan Pahang (210).

Kelantan mencatatkan 159 kes, Perak (137), Labuan (132), Pulau Pinang (131), Terengganu (20), Putrajaya (11) serta lima kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here