Suami hilang angkara dadah, ibu, 2 anak dihalau dari rumah sewa

0
4

MALANG menimpa seorang wanita yang sarat mengandung apabila dia bersama dua anak kecilnya dihalau keluar daripada rumah sewa akibat tidak dapat menjelaskan tunggakan selama beberapa bulan.

Lebih malang, dia terpaksa melalui dugaan itu sendirian kerana suaminya menghilangkan diri selepas terjebak dengan dadah.

Derita ibu dan dua anak itu dikongsi Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi hantaran di Facebook agensi tersebut semalam.

“Akibat daripada tunggakan sewa rumah beberapa bulan, ibu bersama dua anak ini terpaksa menghadapi detik hitam apabila mereka dihalau daripada rumah di mana tempat berteduh dan menjalani kehidupan selama ini.

“Lebih menghayat hati, beliau juga kini sedang sarat mengandung anak ketiga sudah pasti memerlukan tempat yang selesa dan selamat.

“Malangnya, suami yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga telah berubah sikap dan menghilangkan diri sejak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah,” tulis hantaran tersebut.

Menurut Baitulmal MAIWP, ibu berkenaan bernasib baik dikurniakan sahabat yang sanggup membantu di saat kesusahan dengan diberi tumpang tinggal di rumahnya.

“Difahamkan, beliau yang mempunyai kekangan kewangan yang agak teruk telah diminta untuk menaiki grab yang dibayar oleh sahabatnya itu untuk datang rumah bersama barang dan anak-anak,” katanya lagi.

Susulan aduan yang diterima, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bergegas ke lokasi wanita itu tinggal sekarang dan mendapati rumah rakannya bukan tempat sesuai untuk menetap dalam tempoh lama.

“Baitulmal MAIWP telah mencadangkan beberapa bantuan agar beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik yang mencabar ini.

“Ini sekali gus membantu memudahkan wanita ini bersalin di masa akan datang,” kongsi Baitulmal MAIWP. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Baitulmal MAIWP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here