INDIVIDU yang ingin memasuki Labuan diwajibkan menjalani ujian RT-PCR Covid-19 tiga hari sebelum perjalanan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, individu dari luar negara juga diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari di hotel sementara bagi penjawat awam perlu menjalani kuarantin wajib selama 10 hari di rumah atau hotel.
“Manakala bagi penduduk asal Labuan, mereka perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pengumuman itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 di wilayah berkenaan ketika ini. – Malaysiapost

