Nama BCL jadi usikan netizen gara-gara i-Citra

0
3

NAMA selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari menjadi trending di laman sosial selepas beberapa ‘usikan’ netizen yang mengaitkan namanya dengan pengumuman i-Citra bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp), semalam.

Bunga Citra Lestari atau BCL menjadi perbualan berikutan sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan dua pakej bantuan iaitu i-Lestari dan i-Sinar selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara untuk membantu rakyat semasa pandemik Covid-19.

Beberapa hantaran di media sosial yang berseloroh mengaitkan nama bantuan yang diumumkan kerajaan dengan pelakon itu ternyata membuat ramai yang terhibur.

“i-Lestari sudah, i-Citra sudah, tunggu selepas ini i-Bunga pula,” usik seorang pengguna Facebook.

“i-Lestari, i-Sinar dengan i-Citra. Tahun depan tunggu bank datang kutip ‘bunga’ yang telah memberi sinar kala ini,” kata pemilik akaun lain.

Pada masa sama, terdapat juga netizen yang beranggapan bahawa kakitangan KWSP yang bertanggungjawab dalam urusan pemilihan nama pakej bantuan adalah peminat tegar Bunga Citra Lestari.

“i – Citra, i – Lestari, Laa… Adakah Kwsp ambil nama sempena nama artis popular Indonesia, Bunga Citra Lestari?.” Tulis seorang pengguna Facebook.

Bahkan, lebih menggelikan hati apabila pemilihan nama pakej tersebut dikatakan boleh dijadikan inspirasi kepada nama bayi perempuan yang bakal dilahirkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi ahli Kwsp yang terjejas akibat PKP.

Katanya, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli Kwsp boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here