Kaunter pejabat kerajaan kembali dibuka Khamis ini

0
2
Jalur gemilang dipasang di sekitar jalan menujuk ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

PERKHIDMATAN kaunter bagi pejabat kerajaan seluruh negara dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ketika ini, selain perkhidmatan kesihatan, balai polis dan pintu masuk antarabangsa membabitkan perkastaman, imigresen serta kuarantin, semua pengoperasian perkhidmatan kaunter kerajaan tidak secara fizikal susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Menurutnya, setelah meneliti keperluan pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan yang mendesak berdasarkan maklum balas awam, maka kerajaan memutuskan semua kaunter perkhidmatan akan kembali beroperasi secara fizikal mulai Khamis ini.

“Namun pengoperasian adalah dengan tatacara ditetapkan iaitu membabitkan perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian; kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus; dan kehadiran secara fizikal hanya melalui temu janji berjadual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua jabatan hendaklah memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi setiap masa.

“SOP perlu dipatuhi setiap masa bagi mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat kerja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here