KERAJAAN menawarkan peruntukan sebanyak RM18 juta untuk bank tempatan menyediakan kemudahan Bank Bergerak bagi memudahkan urusan perbankan rakyat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia merangkumi kira-kira 30 unit Bank Bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, yang bakal merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar.
“Melalui inisiatif ini, saudara dan saudari boleh mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan termasuk pembukaan akaun; penyimpanan, pengeluaran dan pemindahan wang; pembayaran bil serta perbankan digital,” katanya dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.
Muhyiddin berkata, selain itu perkhidmatan bank bergerak telah dilancarkan pada bulan Jun di Sarawak dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan kemudahan tersebut di Sabah pada bulan Julai.
Beliau berkata, ianya bertujuan bagi memudahkan lebih ramai rakyat mendapatkan perkhidmatan perbankan. – Malaysiapost
Foto Kredit: West Star

