KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.
Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin berkata, bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
“Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021,” katanya hari ini.
Muhyiddin mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik tersebut dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini. – Malaysiapost

