Bantuan RM3,000 untuk pengusaha industri sukan

0
3

Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Beliau berkata kerajaan memahami beban ditanggung mereka yang terkesan dan tidak dapat beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown.

“Kerajaan sedar bahawa pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya turut terkesan.

“Mereka hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara nanti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here