Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000 menerusi i-Citra

0
3

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran baharu iaitu i-Citra kepada ahlinya yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan
KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021.

“Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021,” katanya dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

Muhyiddin berkata hakikatnya ia keputusan sukar kerana kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat.

“Penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here