AMK bergolak, seluruh jawatankuasa AMK Selangor dibubar

0
2
najwan halimi

KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Najwan Halimi dipecat dan seluruh jawatankuasa AMK negeri itu dibubar serta merta.

Perkara ini didedahkan oleh Ahli PKR Cabang Kota Raja Danish Hairudin yang berkata, Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir telah melakukan tindakan berkenaan atas alasan mereka menjalinkan hubungan ‘mesra’ dengan kumpulan baju hitam yang pro Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Akmal Nasir juga memecat beberapa Exco AMK Pusat yang dilihat mempertahankan Presiden Parti. Gerakan memecat kesemua pimpinan AMK Selangor yang diketuai oleh YB Najwan Halimi ini dilihat langkah politik rakus dalam saat YB Najwan dilihat sebagai pempimpin masa depan.

“Beliau dipecat atas alasan mesra dengan kumpulan baju hitam yang setia mempertahakan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Danish berkata, kepimpinan AMK Selangor di bawah Najwan telah berjaya menyatukan semua anggota AMK selepas berlakunya siri pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’ pada tahun 2019.

“AMK Selangor merupakan negeri terawal melancarkan Jentera PRU 15 dan telah berjaya menyusun setiap langkah menghadapi PRU.

“Langkah diambil oleh saudara Akmal Nasir ini dilihat memecah belahkan dalam kalangan AMK yang telah berjaya bersatu di bawah pimpinan YB Najwan Halimi,” katanya.

Danish turut membidas tindakan Akmal dan menyifatkannya sebagai politik khianat kerana telah memecat seorang pimimpin muda berkarisma demi kelangsungan politiknya.

“Akmal terdesak memecat YB Najwan Halimi selepas meilihat kejayaan AMK Selangor sebuah organisasi yang tersusun dan proaktif.

“Pemecatan ini bermotif politik apabila YB Akmal Nasir telah hilang sokongan Majoriti akar umbi. Akmal Nasir perlu menjawab keabsahan Kongress Nasioanl AMK 2020 yang dijalankan tidak mengikut peraturan tetap,” katanya.

Sementara itu, menerusi surat yang ditanda tangani Setiausaha AMK, turut dibubar ialah seluruh jawatan kuasa AMK negeri Perlis yang berkuatkuasa hari ini.

Manakala Naib Ketua AMK pusat Syed Badli Syah Syed Osman turut digugurkan dari jawatan itu yang berkuatkausa hari ini.

Malaysiapost sedang menghubungi Akmal Nasir untuk mengesahkan perkara ini, namun setakat ini beliau tidak dapat dihubungi. – Malaysiapos

Foto Kredit: TW/Najwan Halimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here