Equatorial Pulau Pinang hotel pertama ditukar sebagai PPV

0
3

HOTEL Equatorial Pulau Pinang (Hotel Equatorial) beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi sektor industri dan perniagaan bermula hari ini dengan kemampuan kapasiti sehingga 1,500 dos sehari.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata ia adalah hotel pertama dalam negara membabitkan sektor perhotelan yang ditukarkan menjadi PPV, dan ia juga PPV khas bagi sektor industri kedua yang beroperasi di Pulau Pinang.

“Ini (PPV Hotel Equatorial) merupakan yang kedua untuk ‘economic frontliners’ selain PPV Bukit Jawi Golf Resort yang beroperasi dengan kapasiti 1,000 dos sehari kini.

“Dengan kemampuan kapasiti suntikan 1,500 dos sehari di PPV Hotel Equatorial, ia pastinya akan membantu Pulau Pinang mencapai sasaran imuniti kelompok pada Oktober tahun ini.

“Serentak itu, kita (Pulau Pinang) masih menunggu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk meluluskan baki permohonan PPV untuk sektor industri di negeri ini,” katanya selepas melawat operasi PPV Hotel Equatorial hari ini.

Hotel Equatorial ditamatkan operasi hampir empat bulan lalu, kini dihidupkan semula sebagai PPV bagi membolehkan lebih ramai pekerja industri dapat divaksin sepenuhnya.

Difahamkan, selain PPV lapangan di syarikat multinasional Intel, Jabil, Plexus dan Inari, terdapat hampir 10 lagi PPV sektor industri yang masih menunggu kelulusan kementerian-kementerian bertanggungjawab. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here