Lelaki 56 tahun mati tergantung di jejantas

0
3
kesihatan mental

SEORANG lelaki berusia 56 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh diri di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang melihat lelaki itu dalam keadaan tergantung pada jam 7.47 pagi tadi.

“Maklumat awal daripada waris mendapati si mati disyaki dijangkiti Covid-19 dan dia mengatakan tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

“Mayat diturunkan dengan bantuan daripada pihak bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu gambar mayat lelaki tergantung di jejantas berkenaan tular di media sosial sejak pagi tadi. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here