BN tak sabar lawan ‘pokok petai’

0
2

Fitri Nizam

BARISAN Nasional (BN) tak sabar nak lawan pokok petai (merujuk kepada Parti Pejuang Tanah Air) sekali lagi, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pada Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

Katanya, adalah lebih elok jika DUN Johor bubar, Parlimen juga turut dibubarkan supaya pilihan raya serentak dapat dilaksanakan.

“Negeri-negeri lain pun turut ikut (bubar).

“Ini bermakna jika PH Plus (Pakatan Harapan) masih tegas untuk merebut kuasa di Johor, akibatnya ialah Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara mungkin akan berlangsung,” katanya di laman Facebook hari ini.

Najib yakin, jika PRU diadakan ramai pemimpin PH akan tumbang.

“Masa itu, kekanda (Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa) akan kalah. Mahfuz (Datuk Mahfuz Omar) akan pencen. Anak PM7 (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) pun akan tumbang di Kedah.

“Ramai lagi geng Amanah dan PH bakal hilang kerja,” katanya.

Beliau berkata jika PH Plus berkehendakan melawan amaran Sultan dan teramat ingin PRU berlangsung serta merta, sila teruskan untuk merebut kuasa di Johor.

“Kita di pihak BN tak sabar nak lawan pokok petai sekali lagi.

“Your move (langkah kamu), PH Plus,” katanya. -Malaysiapost