Tok Pa mengaku langgar SOP, makan dalam kafe ketika PKP

0
2

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berada dalam sebuah kafe di Kalai, Jeli, Kelantan semalam.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Mustapa menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan.

“Berikutan tersebar gambar kehadirannya di kafe itu, Ketua Polis Daerah Jeli menghubunginya tengah hari tadi memaklumkan kertas siasatan sudah dibuka mengenai perkara ini,” kata kenyataan itu.

Makan di premis makanan adalah dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan Covid-19 dan boleh dikenakan kompaun.

Katanya, Mustapa mengunjungi kafe berkenaan untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.

“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat,” katanya.

Gambar Mustapa sedang makan bersama beberapa individu dalam sebuah kafe disiarkan di Facebook Kecek Ore Jeli yang menimbulkan kritikan ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here