MENTERI Wilayah, Tan Sri Annuar Musa berkata isu maggi atau mi segera tidak perlu dipolitikkan kerana semua orang termasuk dirinya menyukai makanan itu.
Ia berhubung kenyataan individu memberi nasihat yang mengatakan menteri atau ahli politik yang memakan mi segera lalu memuat naik di media sosial disifatkannya menghina rakyat.
Beliau berkata, makan makanan segera itu tidak perlu dibuat-buat, memang sedap terutama kalau makan sekali-sekala.
“Tak percaya, boleh cuba. Dekat rumah saya ada kedai yang cukup popular. Ia jual MAGGI BELUT..sila cuba di Bukit Marak (BANCAK)
“Sehari dua ni maggi dapat banyak iklan percuma. Ada yang tolong post gambar bungkusan maggi pun ada..politik maggi punya pasal,” katanya menerusi Facebook.
Beliau turut mengalu-alukan pihak ingin menyumbang barangan keperluan termasuk mi segera untuk penduduk di Pantai Dalam dan Segambut yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.
Katanya, beliau tidak menolak sesiapa yang menyumbang mi segera kerana ramai yang suka jadi pihaknya juga akan menambah barangan seperti telur dan ayam untuk menyedapkan.
“Tadi, ada orang sukarela nak sumbang maggi utk kawasan PKPD Pantai Dalam dan Segambut Dalam. Kita alu alukan. Saya percaya ramai yang suka..
“Insyaallah kita akan tambahkan dgn telor dan ayam sekali..lagi sedap..barang kering yg lain memang sudah kita sediakan.
“Insyaallah saya akan ke Segambut Dalam dan Pantai Dalam nanti.Hantar maggi,telor dan ayam,” katanya. – Malaysiapost.

