Beri moratorium tidak akan buat bank ‘gulung tikar’

0
2

INSTITUSI Kewangan dan perbankan tidak akan gulung tikar sekiranya melaksanakan pemberian moratorium penuh kepada rakyat yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, lanjutan PKP3.0 yang sepatutnya tamat esok, akan menambah keresahan rakyat kerana tidak dapat meneruskan pekerjaan dan perniagaan demi kelangsungan hidup.

Malah, Sohaimi turut mempertikaikan tindakan kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium kepada golongan B40 dan M40 secara automatik.

“Kalau perkara ini dilakukan segera secara automatik, bank-bank ini tidak akan terjejas seperti mana golongan peniaga yang makin parah hari demi hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, apabila pihak kerajaan mengumumkan sesuatu program atau melaksanakan sesuatu dasar apa yang paling penting ia sampai kepada kumpulan sasar.

“Kita amat risau tatkala bantuan-bantuan ini lambat sampai kepada kumpulan sasar mereka sudah hidup `nyawa-yawa ikan’. Lebih membimbangkan dengan isu kesihatan mental hingga melibatkan nyawa yang maut,” katanya.

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, beliau hairan mengapa pihak kerajaan melalui BNM tidak mengarahkan bank atau institusi kewangan untuk melaksanakan moratorium kepada B40 dan M40.

“Kementerian Kewangan yang mengawal BNM juga mempunyai kuasa penuh ke atas bank negara tetapi tidak berani menggunakan kuasa dan mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium secara automatik,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa tidak ditamatkan esok.

Beliau berkata, fasa pertama Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes dan akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan dicapai.

“Susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here