Itali bergelut sebelum mara, Denmark selesa layak ke suku akhir

0
2

ITALI bergelut sehingga mengharungi masa tambahan 120 minit untuk menyingkirkan cabaran pasukan liat, Austria 2-1 pada aksi Pusingan 16 EURO 2020 di Wembley, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Azzurri mara ke suku akhir di Munich dan melebarkan rekod 31 perlawanan tanpa kalah sejak 2018.

Austria membuka tirai jaringan tetapi tandukan Arnautovic pada minit ke-66 dibatalkan kerana berada dalam keadaan ofsaid berdasarkan video bantuan pengadil (VAR)

Kedua-dua pasukan menggandakan serangan masing-masing, namun kedudukan 0-0 kekal sehingga 90 minit perlawanan sekali gus aksi berlanjutan pada masa tambahan.

Pemain gantian, Federico Chiesa memecah kebuntuan pada minit ke-96 disusuli gol kedua oleh Matteo Pessina (105).

Austria cuba bangkit menerusi tandukan Sasa Kalajdzic pada minit ke-114 namun sudah terlewat daripada menghalang Itali mara ke suku akhir.

Manakala juara edisi 1992, Denmark mengesahkan kemaraan ke pentas Suku Akhir Euro 2020 selepas menewaskan Wales, 4-0 pada aksi kalah mati di Johan Cruijff Arena, Armsterdam.

Satu gol pada setiap babak dijaringkan Kasper Dolberg dan satu melalui Joakim Maehle dipenghujung babak kedua serta Martin Braithwaite pada masa kecederaan sudah cukup buat skuad bimbingan Kasper Hjulmand melakar kemenangan ketujuh selepas 11 perlawanan keatas Wales.

Wales yang turun dengan jentera serangan diketuai Gareth Bale dan Aron Ramsey tampak gagal mengancam Denmark dalam perlawanan itu, sekali gus gagal menyamai pencapaian melangkah separuh akhir pada edisi kejohanan sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here