KKM terima Lebih 120,000 panggilan masalah psikologi

0
2

SEBANYAK 122,328 panggilan diterima Talian Bantuan Sokongan Psikososial sejak 1 Januari hingga 18 Jun lalu, berkait rapat isu psikologi yang dihadapi sepanjang pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), antara masalah sosial yang memberi kesan emosi dan kesihatan mental masyarakat Malaysia seperti kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan serta hilang tempat bergantung.

“Ia termasuk pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumahtangga iaitu pertengkaran, perpisahan,
penceraian, penderaan (emosi dan fizikal juga merupakan punca masalah sosial.

“Justeru, hampir 90 peratus panggilan yang diterima adalah kesan daripada masalah sosial itu,” katanya.

Sehubungan itu, inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) bagi menangani gejala tekanan yang dihadapi tersebut adalah dengan menyediakan khidmat kauseling dari pegawai psikologi KKM dan Mercy Malaysia menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial ini.

“Selain itu, kerjasama dengan kementerian dan agensi lain untuk talian bantuan seperti KSK Care oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Talian Kasih di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Serta perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) di hospital dan klinik kesihatan untuk kumpulan sasar antaranya orang di bawah pemantauan (PUS) yang dikuarantin di stesen kuarantin dan di rumah; pesakit Covid-19 di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC); petugas kesihatan di semua peringkat serta ahli keluarga kepada individu yang meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya.

Malah, KKM turut menyediakan perkhidmatan psikiatri oleh pakar-pakar kepada mereka yang sedang mengalami masalah dan tekanan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here