Lebih 7 juta sudah divaksin – Dr Adham

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

LEBIH tujuh juta dos vaksin sudah diagihkan sehingga semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, sejumlah 215,968 dos diberikan di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan meningkat kepada 7,039,072 dos.

Katanya, daripada jumlah itu lebih lima juta individu sudah menerima dos pertama, manakala hampir dua juta individu pula mendapat dua dos lengkap vaksin Covid-19.

“Jumlah penerima dos pertama mencecah 5,072,714 orang atau 15.5 peratus daripada populasi negara, manakala 1,966,358 individu atau enam peratus sudah menerima dos kedua,” katanya dalam ciapanTwitter, hari ini.

Jumlah itu juga menyaksikan kapasiti harian pemberian vaksin di seluruh negara kekal mencatat lebih 200,000 untuk lima hari berturut-turut, yang membantu memastikan peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara dapat dipercepatkan.

Kadar pemberian vaksin harian tertinggi dicatatkan semalam adalah 268,604 dos, dengan Malaysia mula melepasi 250,000 buat kali pertama Selasa lalu dengan 250,529 dos, disusuli 252,773 pada Rabu dan 268,604 dos semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here