SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 23 Ogos ini.
Speaker DUN, Ng Suee Lim memaklumkan, baginda turut berkenan untuk berangkat bagi merasmikan istiadat pembukaan DUN pada tarikh berkenaan, lapor Astro Awani
Terdahulu, Suee Lim memaklumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu.
Perkara itu juga merupakan hasil perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Menurutnya lagi, persidangan pertama DUN Selangor penggal ke-14 itu bakal berlangsung bagi tempoh 23 Ogos sehingga 3 September.
Bagaimanapun, Suee Lim berkata, perkara itu bergantung kepada situasi semasa Ordinan Darurat yang berakhir pada 1 Ogos nanti. – Malaysiapost
Foto Kredit: Berita Harian

