Telefon rakan terdekat – Anwar

0
2
anwar ibrahim

Nurul Huda Abhar

ORANG ramai disaran untuk bertanya khabar rakan kenalan terdekat terutamanya yang tinggal bersendirian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap mengambil berat kepada insan sekeliling amat perlu ketika ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Saya saran kita semua ambil langkah proaktif, telefon rakan terdekat dan tanya khabar mereka, terutama yang berkurung seorang diri.

“Luangkan masa, dengar keluhan dan ceriakan mereka. Yakinkan mereka kita ada dan sedia membantu.

“Saya yakin di zaman gawat ini setiap seorang dari kita boleh buat sesuatu yang bermakna,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan Anwar tersebut dipercayai sebagai reaksi peningkatan kes kemurungan dan tekanan hidup dalam kalangan rakyat susulan kesan pandemik Covid-19.

Malah kes bunuh diri dalam kalangan masyarakat yang berpunca daripada tekanan hidup juga dilaporkan meningkat.

Terbaharu, seorang lelaki yang mengalami kemurungan sejak perniagaannya gagal, maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth, Rabu lalu.

Mangsa dikatakan menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun dari bangunan itu.

Hasil soal siasat ke atas isteri mangsa yang juga berusia 26 tahun memaklumkan suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta, baru-baru ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here