PKP 3.0: Aksi Liga Premier tangguh, Liga Super masih kekal mula 24 Julai

0
2

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan aksi Liga Premier yang sepatutnya bersambung pada 3 Julai ini ditangguh ke suatu tarikh baru akan diumumkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pindaan itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan peningkatan kes harian Covid-19.

Jelasnya, tarikh baharu akan diumumkan selepas pihaknya membuat perangkaan dan penyusunan semula jadua Liga Premier.

Penangguhan itu turut melibatkan perlawanan tertunda Perak FC II bertemu Kelantan FC yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 29 Jun, serta Selangor FC 2 menentang Sarawak United yang sepatutnya diadakan pada 30 Jun.

“Bagaimanapun, program latihan berpusat mengikut model gelembung sukan secara ‘camp-based training’ termasuk perlawanan latihan tertutup dibenarkan selaras SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan setakat ini tiada perubahan bagi jadual Liga Super 2021 yang dijadual bersambung pada 24 Julai.

Pasukan Sarawak United kini mendahului Liga Premier selepas 11 aksi dengan mengutip 23 mata diekori Negeri Sembilan manakala T-Team di kedudukan ketiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here