SEBANYAK 84 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu di Malaysia setakat ini ialah 4,721 kes.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, kes kematian terbaharu itu adalah membabitkan 73 warganegara dan 11 bukan warganegara.
Jumlah kes sembuh baharu yang dilaporkan pula adalah sebanyak 5,411 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 650,964 kes.
Kes Covid-19 yang masih aktif ialah 61,162 kes membabitkan kes baharu daripada keseluruhan 716,847 kes yang dikesan di Malaysia setakat ini.
Daripada 5,841 kes baharu dilaporkan hari ini, kes tempatan adalah 5,833 (4,683 warganegara, 1,150 bukan warganegara), manakala lapan kes import membabitkan seorang warganegara dan tujuh bukan warganegara.
Setakat ini seramai 869 pesakit Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 438 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

