Kontraktor G1, G2 dilantik PBT boleh laksana kerja pembinaan

0
2

BERKUAT kuasa serta-merta kerajaan membenarkan kontraktor G1 dan G2 yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja pembinaan bagi projek berskala kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 21 Jun lalu.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataan berkata kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Sebaliknya surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan oleh PBT bagi mempercepatkan proses kerja.

“Surat kebenaran beroperasi dikeluarkan PBT adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard
(SOP) semasa oleh MKN, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kerja Raya dan peraturan-peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” kata kenyataan itu hari ini. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

Foto Kredit: Shutterstock/Andari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here