Capaian internet lemah, murid jalani sesi PdPR tepi jalan

0
1

Nurul Huda Abhar

SEJAK Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pelbagai reaksi dan perkongsian di media sosial berkenaan kesulitan untuk mendapatkan capaian internet khususnya di kawasan luar bandar.

Satu daripadanya adalah perkongsian pemilik Twitter @AimanPaku yang memaparkan anak saudaranya terpaksa duduk di luar rumah bagi mengikuti kelas dalam talian berikutan capaian internet lemah di kawasan rumahnya.

Menurut @AimanPaku, kedudukan rumah yang berada di tengah ladang kelapa sawit menyebabkan anak saudaranya bernama Afiq sukar untuk mendapat capaian internet bagi kelas PdPR.

“Kesian anak saudara aku, nak dapat internet punya pasal untuk kelas online. Duduk la kat luar rumahnya kat tengah ladang sawit. Line tak kuat. Nasib adik datang naik motor teman kat tepi. Selamat maju jaya Afiq Ho,” ciapnya.

Pada masa sama, pemilik akaun itu menjelaskan tidak bermaksud berkongsi gambar keadaan anak saudaranya itu semata-mata untuk meraih simpati atau menggambarkan kehidupan mereka susah.

Bagi @AimanPaku, tujuan gambar itu dimuatnaik adalah untuk berkongsi kesungguhan anak saudaranya menghadiri kelas dalam talian walaupun dengan kesulitan capaian internet.

“Dalam rumah dapat je internet kalau nak WhatAapp. Tapi untuk dapatkan video kelas yang jelas dan terang tu, kurang la. Sangkut-sangkut. Jadi dia pun duduk la di luar dengan harapan tak sangkut-sangkut cikgunya bercakap. Mohon netizen jangan marah-marah ya,” ujarnya lagi.

Semakan Malaysiapost di ruangan komen rata-rata netizen khuatir dengan keselamatan kanak-kanak itu kerana duduk di tepi jalan semasa kelas dalam talian.

Dengan perkongsian tersebut mereka berharap pihak berwajib membuka mata dan mengambil tindakan sewajarnya memastikan rangkaian internet di luar bandar dipertingkatkan bagi memudahkan urusan pembelajaran anak-anak. – Malaysiapost

Foto Kredit: TW/@AimanPaku

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here