Zahid Hamidi dakwa kenyataan Nazri Aziz sebagai cerita kartun

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan dakwaan kononnya 25 ahli Parlimen UMNO hilang kepercayaan terhadap beliau sebagai karut.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga secara sinis turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai cerita kartun.

“Hilang kepercayaan kepada MP lain ? Cerita kartun,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa 25 ahli Parlimen termasuk dirinya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid sebagai Presiden Umno.

Mohamed Nazri berkata kepada Malaysiapost, surat pengakuan(SD) 25 Ahli Parlimen BN itu sebagai sokongan kepada Hishammuddin Hussien sekiranya dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memberitahu tujuan pengumpulan SD tersebut selepas dikhabarkan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here