Uqasha beri bayangan ingin kembali bertudung

0
2

PELAKON Uqasha Senrose seperti memberi bayangan akan kembali memakai tudung dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok semalam.

Namun begitu, pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sedar dia perlu istiqomah dengan keputusan tersebut.

Menurut pelakon jelita berusia 29 tahun itu, keputusan tersebut harus difikirkan sehabis baik lantaran bimbang jika netizen mengecamnya.

“Rasa macam nak pakai tudung semula, tapi kena istiqomah dulu, nanti kena kecam,” katanya dalam video yang dimuat naik di platform media sosial itu semalam.

Terdahulu, Uqasha dalam video tersebut dilihat seperti sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya daripada sebuah jenama tempatan.

“Alhamdulillah, saya dapat abaya lagi. Saya tak pernah kecewa dengan rekaan abaya. Walaupun ia jubah, tapi kelihatan bergaya tapi pada masa sama, ia menutup aurat. Itu paling penting,” katanya dalam video itu.

Sebelum ini, pelakon ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ itu pernah memakai tudung sekitar tahun 2013 namun selepas tiga tahun, dia mengejutkan banyak pihak dengan keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung.

Keputusan itu membuatkan Uqasha menerima kecaman hebat termasuk sindiran netizen yang beranggapan dia mempermainkan agama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here