UCAPAN Selamat Hari Bapa dari penyanyi Elyana Emrizal buat suaminya meruntun hati peminat tatkala dirinya kini berada di tahap empat kanser limfoma.
Elyana yang kini sedang menjalani rawatan radioterapi di hospital sempat berkongsi gambar bersama keluarga kecilnya serta ucapan sempena hari istimewa tersebut di laman Instagram baru-baru ini.
“Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda, Cinta serta Cahaya sayang sangat dekat ayah. Jika ayah tiada, kami tak seronok. Mesti nak ada ayah, sebab ayah ‘superhero’ kami.
“Semua ayah boleh buat kecuali pasang kabinet, katil, serta apa sahaja yang ada skru memang ayah tidak pandai. Nasib baik bonda mahir bahagian itu.
“Sebab itu selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tidak seronok jika tiada awak,” katanya dalam hantaran itu.
Perkongsian mengenai ‘pergi’ itu menyentuh hati peminatnya dan menyatakan Elyana begitu kuat dan cekal mengharungi tempoh rawatan penyakit yang dihidapinya itu.
Di ruangan komen pula dibanjiri titipan doa daripada peminatnya yang mendoakan agar kanser limfoma yang dihidapinya kembali pulih seperti sedia kala. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

